China Selar Amalan AS Cetus Pengangguran Paksa di Xinjiang

2022-06-22 12:44:37  cri
Share with:

China membantah keras amalan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan penggangguran secara paksa di Xinjiang menerusi bentuk undang-undang.

Bantahan itu diutarakan jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin dalam taklimat media pada Selasa, susulan AS menguatkuasakan akta yang menyasar mengekang perindustrian Xinjiang.

Kata beliau, China akan bertindak tegas bagi mempertahankan hak dan kepentingan sah perusahaan serta rakyat sendiri.

Wang berkata, dakwaan wujudnya ‘buruh paksa’ di Xinjiang adalah dusta yang direka-reka untuk menghitamkan imej China.

Ia sama sekali tidak selaras dengan fakta bahawa mekanisasi secara berskala besar diperkenalkan dalam sektor perindustrian di Xinjiang termasuk industri kapas, dan hak pekerja pelbagai etnik tempatan diberi jaminan sepenuhnya.

AS menggubal dan melaksanakan Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur berdasarkan dusta.

Wang turut menyifatkan sekatan terhadap entiti dan individu berkenaan di Xinjiang sebagai penaiktarafan amalan membuli atas nama hak asasi manusia.

Tambah beliau, ia juga bukti AS menjejaskan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta merosakkan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.