Lebih 90 Peratus Gandum Dituai di Kawasan Bijirin Musim Panas Utama China

2022-06-22 12:44:50  CRI
Share with:

 

Para petani di pelbagai tempat di China kini memasuki tempoh paling sibuk iaitu apabila menjelangnya musim panas.

 

Banyak ladang pada ketika ini memperlihatkan pemandangan para petani yang sibuk membanting tulang untuk menuai bijirin.

 

Menurut rekod, tuaian gandum di kawasan penanaman bijirin musim panas utama di China sudah mencapai lebih 90 peratus yang merangkumi lebih 19 juta hektar.