Xi Berucap pada Forum Perniagaan BRICS

2022-06-22 21:58:43  cri
Share with:

Trend sejarah berlandaskan kepada keterbukaan dan pembangunan tidak akan berubah, begitu juga aspirasi bersama untuk bersinergi merungkai cabaran, meskipun situasi antarabangsa mengalami perubahan.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam Forum Perniagaan BRICS hari ini.

Xi menegaskan bahawa negara-negara BRICS perlu berganding bahu bagi memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, memacu pembangunan lestari global, mewujudkan situasi menang-menang menerusi kerjasama, di samping memperluas keterbukaan dan pengintegrasian.


Kata beliau, China akan berusaha mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi dengan berpandukan konsep pembangunan baharu, sambil mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu.

Di samping itu, China juga komited mempertingkat tahap keterbukaan, dan terus mengoptimumkan iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa.

Beliau menyifatkan mekanisme kerjasama BRICS sebagai wadah penting kepada kerjasama sesama negara pasaran baru muncul dan negara membangun.

Para usahawan diharap terus menyumbang kepada pembangunan yang terbuka, inovatif dan dapat dikongsi, agar lebih banyak hasil pembangunan dapat dinikmati oleh semua rakyat.