260 Buah Syarikat Tandatangan CIIE

2022-06-22 12:57:28  CRI
Share with:

Kerja-kerja persiapan bagi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5 yang dijadual berlangsung pada 5 hingga 10 November nanti kini sedang berjalan lancar.


Demikian ujar Naib Ketua Jabatan Ekspo Import Antarabangsa China, Sun Chenghai dalam satu sidang media pada Selasa.

 

Difahamkan, sebanyak 260 buah syarikat yang dinobatkan antara 500 terunggul di dunia telah menandatangani kontrak dengan CIIE setakat ini.

 

Sementara itu, "Laporan Keterbukaan Dunia 2022" dan indeks keterbukaan dunia akan terus diterbitkan oleh Forum Hongqiao dalam usaha membentuk "tanda hala tuju" dan "jenama berwibawa" yang melibatkan keterbukaan peringkat tinggi China dan seluruh dunia.

 

Menurut Sun, banyak negara sudah mengesahkan untuk mengadakan pameran secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi CIIE.

 

“Di samping itu, pihak penganjur akan terus menjalani langkah yang substantif dalam sokongan dasar, pembelian perdagangan dan interaksi sosiobudaya untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu tinggi dalam CIIE ke-5,” ujar beliau.

 

Turut belangsung pada sidang media itu adalah majlis penandatanganan CIIE ke-5 melibatkan 30 buah pempamer, institusi penganjur pameran, anggota Forum Hongqiao dan syarikat yang terlibat interaksi sosiobudaya.

 

Antara syarikat tersebut termasuk syarikat yang pernah menyertai CIIE seperti Bristol Myers Squibb dan Marubeni, selain syarikat yang buat kali pertamanya menyertai CIIE seperti Gilead Sciences, Rio Tinto Group, dan BHP Billiton Ltd.