Kerjasama Ekonomi BRICS Terus Diperkasa

2022-06-22 14:32:18  cri
Share with:

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara BRICS lain terus diperkasa, menyaksikan jumlah import dan eksport mencatat RMB1.31 trilion (kira-kira RM870 bilion) pada lima bulan pertama tahun ini.

Angka itu meningkat 12.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dan 3.8 mata peratusan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan keseluruhan dagangan luar negara ini.

Dalam pada itu, jumlah eksport China ke negara BRICS lain merekodkan RMB656 bilion (RM431 bilion), dan nilai import pula mencecah RMB651 bilion (RM428 bilion).