Mesyuarat Ketiga Penyelaras BRICS 2022: China Imbas Kejayaan

2022-06-22 13:07:36  CRI
Share with:

Mesyuarat Ketiga Penyelaras BRICS 2022 diadakan pada Selasa dengan dipengerusikan oleh Ma Zhaoxu, selaku penyelaras China yang juga Naib Menteri Luar.

 

Ma dalam ucapannya turut mengambil kesempatan untuk mengimbas kembali kemajuan yang dicapai negara-negara BRICS dalam bidang ekonomi, perdagangan, kewangan, keselamatan poilitik dan pertukaran sosiobudaya sejak China menyandang negara pengerusi bergilir BRICS tahun ini.

Beliau turut memperkenalkan agenda siri aktiviti yang bakal diadakan pada 22 hingga 24 Jun termasuk majlis perasmian Forum Industri dan Perniagaan BRICS, Pertemuan ke-14 Pemimpin Negara BRICS dan Dialog Peringkat Tinggi Pembangunan Global.

 

Ma berkeyakinan bahawa aktiviti tersebut mampu berlangsung dengan jayanya melalui usaha bersama pelbagai pihak dan kerjasama negara BRICS pasti berkembang ke tahap lebih tinggi.