Ayuh Cintai Sukan, Hidup Sihat

2022-06-23 13:12:18  CRI
Share with:

Hari bulan 23 Jun adalah Hari Olimpik Antarabangsa, dan pada hari yang sama 128 tahun lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah ditubuhkan di Paris secara rasmi.

Le baron Pierre De Coubertin, yang digelar sebagai “bapa Olimpik moden”, telah mengemukakan slogan “sukan untuk khalayak ramai” dan menyifatkan sukan orang ramai sebagai asas Olimpik.

Hari Olimpik bukan ditetapkan bagi memperingati beliau sahaja, tetapi juga demi menggalakkan semua orang untuk melibatkan diri dalam sukan tanpa mengenal jantina, usia dan kebolehan.

Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing telah menyaksikan ramai orang China mula mencintai sukan.


Mereka bukan sahaja bersorak kerana aksi menarik dari atlet profesional, malah turut sedar bahawa semua orang boleh bertambah sihat menerusi sukan.

Sukan bukanlah slogan, tetapi ia merupakan sebahagian daripada kehidupan.