Ikuti Bohongan Amerika Bawa Boris ke Keadaan Janggal

2022-06-23 15:16:14  CRI
Share with:

Ketika Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sibuk mengikuti nada Amerika untuk menghitamkan hak asasi manusia di Xinjiang, ayahnya yang juga bekas anggota Parlimen Eropah, Stanley Johnson kini sedang dalam perancangan melawat Xinjiang.

 

Pada 60 tahun yang lalu, Stanley Johnson dan penjelajah tersohor Tim Severin pernah merancang untuk menaiki motosikal bagi mengikuti jejak Marco Polo dari Eropah ke China, masuk dari Xinjiang hingga ke Beijing. Namun mereka terpaksa menghentikan kembara tersebut sebelum sampai ke China susulan kekangan waktu.

 

Ketika beliau berbual-bual dengan Duta Besar China mengenai pengalaman tersebut baru-baru ini, impian Stanley tersebut terus mendapat sambutan dan sokongan penuh.

 

Oleh itu, Stanley berancang melawat Xinjiang bersama-sama dengan seorang lagi anaknya iaitu Max pada bulan Ogos ini.

 

Situasi ini sudah tentu membuatkan Boris Johnson rasa sangat janggal. Sebab dalam cerita edisi Barat, Xinjiang macam “penjara”. Sesiapapun yang berani membantah cerita ini dengan fakta yang disaksikan sendiri akan menghadapi pembanterasan secara menyeluruh.

 

Contohnya Pesuruhjaya Kanan Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet yang telah melawat Xinjiang langsung disifatkanpenjenayah bersekongkol” setelah beliau menyatakan “saya telah berbual-bual secara tulus ikhlas dengan setiap orang yang ketemu di China, termasuk pegawai, kalangan rakyat, sarjana, pegawai diplomatik dan orang awam.”

 

Mungkin menghadapi tekanan yang besar, Puan Bachelet semalam menyatakan tamat kerjayanya sebagai Pesuruhjaya Kanan Hak Asasi Manusia PBB dan memilih kembali ke rumah untuk berkumpul dengan keluarga. Pada masa yang sama, beliau menggesa pelbagai negara mencari titik persamaan bagi menyelesaikan cabaran hak asasi manusia yang dihadapi bersama.

 

Lawatan ayah dan adiknya ke Xinjiang jelas berlanggar dengan niat jahat Amerika mengenai Xinjiang, dan ini berkemungkinan juga membawa masalah besar kepada kerjaya politik Boris Johnson

 

Amerika selalu berpura-pura menumpukan hak asasi manusia etnik Uygur di Xinjiang.

 

Tapi jika tengok apa yang dibuat oleh Amerika setakat ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk meletakkan gangguan kepada pembangunan China sekali gus menjejaskan rezeki etnik Uygur.

 

Dulu mereka mendakwa di Xinjiang ada buruh paksaan, tapi pihaknya tidak menggalakkan syarikat Barat yang melabur di Xinjiang dan pembekal mereka di Xinjiang berusaha menjamin hak pekerja Uygur, sebaliknya suruh mereka tidak boleh mengupah seorang pun pekerja Uygur.

 

Mereka tidak tahu lebih 80% ladang di Xinjiang menggunakan mesin untuk memetik kapas, terus mendakwa kaum Uygur menjadi hamba tani di ladang kapas berdasarkan pengalaman mereka menggunakan hamba tani keturunan Afrika.

 

Baru-baru ini, Amerika meluluskan akta yang melarang import semua produk dari Xinjiang, terutamanya kapas, tomato dan papan tenaga suria.

 

Kononnya orang Uygur tidak boleh diupah, produk yang dikeluarkan oleh orang Uygur tidak boleh dieksport.

 

Jadi dari mana rezeki orang Uygur? Adakah kerajaan Amerika membayar keperluan harian mereka untuk menjamin hak asasi manusia etnik Uygur?

 

Sedikit pengetahuan nak kongsi dengan Barat, kapas dari Xinjiang juga bahan utama dalam mata wang RMB.

Jadi Satria mencadang para diplomatik Barat di China jangan membeli belah di sini, sebab menggunakan RMB mungkin telah melanggar akta Amerika.