Kapal Kontena Terbesar Dunia Buatan China Pertama Siap

2022-06-23 11:28:52  CRI
Share with:

Kapal kontena gergasi bersaiz 24,000 TEU yang terbesar di dunia berjaya disiapkan oleh Syarikat (Kumpulan) Pembuatan Kapal Zhonghua-Hudong (H&Z) Berhad, di bawah kendalian Syarikat Kumpulan Perkapalan China (CSSC) Berhad, pada Rabu.

 

Difahamkan, H&Z memiliki hak cipta intelek sepenuhnya terhadap kapal rekaannya sendiri itu dan kapal tersebut akan digunakan untuk laluan Asia ke Eropah sebagai anggota Biro Perkapalan Amerika (ABS).


 

Dengan ukuran panjang sehingga 399.99 meter, kapal tersebut kini merupakan 60 meter lebih panjang daripada kapal induk terbesar di dunia.

 

Manakala, lebarnya pula direkodkan sepanjang 61.5 meter dan mempunyai keluasan dek mencatat 24 ribu meter persegi yang bersamaan dengan 3.5 padang bola sepak bersaiz standard.

 

Sebagai kapal kontena terbesar dunia setakat ini, kapal tersebut juga boleh memuatkan 24 ribu buah kontena pada satu-satu masa.

 

Naib Ketua Pengurus H&Z-CSSC, Liu Xuedong menyatakan bahawa teknologi motivasi air yang tercanggih turut digunakan oleh kapal tersebut supaya kapal tersebut boleh beroperasi dengan kelajuan tinggi, di samping lebih bersih dan mesra alam.

 

“Dengan menggunakan konsep reka bentuk yang mengutamakan keperluan manusia, kelengkapan dan kemudahan dalam kapal tersebut turut disediakan mengikut standard hotel bertaraf empat bintang yang jauh meningkatkan keselesaan persekitaran kerja serta kehidupan anak kapal,” ujar beliau.