Penasihat Politik Tertinggi China Seru Mantap Pembangunan Hijau, Rendah Karbon

2022-06-23 12:05:51  CRI
Share with:

Penasihat politik tertinggi China, Wang Yang menggesa supaya usaha diperkasa untuk memantapkan pertumbuhan berkualiti tinggi yang merangkumi pembangunan hijau dan rendah karbon.

Wang, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), mempengerusikan mesyuarat penutup sesi ke-22 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 CPPCC di Beijing pada Rabu.

Beliau juga ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dalam ucapannya berkata, pembangunan hijau, rendah karbon dan berkualiti tinggi merupakan laluan yang tidak dapat dielakkan untuk mencapai pembangunan sosial dan ekonomi yang mampan.

Untuk tujuan itu, Wang menyeru pihak terlibat agar menguasai teknologi kritikal dalam pengurangan pelepasan karbon, di samping menggalakkan inovasi dari segi dasar, pengurusan, model perniagaan dan keinstitusian.

Menurut beliau, usaha perlu dibuat untuk memastikan keselamatan tenaga, barang makanan dan rantai perindustrian, sekali gus memantapkan ekonomi makro dan menjamin kehidupan normal masyarakat serta aktiviti pengeluaran.