BRICS Ikrar Mantapkan Kerjasama Komuniti Perniagaan

2022-06-23 13:38:25  CRI
Share with:

Negara-negara BRICS berikrar memperkasakan kerjasama dalam bidang kesihatan di tengah penularan pandemik COVID-19, di samping terus menjunjung konsep terbuka. 

Menerusi Inisiatif Beijing dikeluarkan sempena Forum Industri dan Perniagaan BRICS 2022, BRICS juga komited menjana pembangunan mampan global, memajukan ekonomi digital, meningkatkan ketahanan rantaian perindustrian dan bekalan, serta memperhebat kolaborasi sesama komuniti perniagaan. 

Forum anjuran Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) itu berlangsung secara hibrid pada Rabu, dihadiri kira-kira 1,000 orang antaranya menteri ekonomi dan perdagangan negara BRICS, duta asing di China serta wakil lingkungan perniagaan.