China, Penyumbang Produk Awam Global

2022-06-23 14:14:46  CRI
Share with:

China bukan sahaja merupakan penyumbang dan penggerak inovasi kepada sistem produk awam global, malah juga peneraju dalam pembinaan kerangka baharu sistem itu pada masa depan. 

Demikian menurut laporan mengenai produk awam global yang diterbitkan Universiti Pertanian China (CAU) di Beijing pada Rabu.

Profesor Xu Xiuli dari Kolej Kemanusiaan dan Pembangunan CAU menyatakan selain membekalkan produk awam global menerusi program bantuan, China juga aktif menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam hal ini.

“Dalam usaha menggalakkan penawaran produk awam global, kerjasama multilateral berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini semakin dipergiat.

“Daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) hinggalah Inisiatif Pembangunan Global, China sudah menjadi antara pembekal utama produk awam global,” kata beliau.