BRICS Anjur Forum Kerjasama Tenaga Edisi Pertama

2022-06-23 16:44:49  CRI
Share with:

Negara-negara BRICS mempunyai ruang saling melengkapi dalam sektor sumber tenaga, bekalan dan permintaan serta perindustrian dan teknologi berkenaan.

Pengarah China Majlis Perniagaan BRICS, Dai Houliang menyatakan, pembentukkan perkongsian pembangunan tenaga BRICS pada era baharu kondusif bagi memacu pembangunan sosioekonomi negara-negara terlibat.

"Ia juga dapat mengoptimumkan sinergi BRICS dan negara-negara membangun untuk memastikan kemantapan pasaran tenaga global,” katanya semasa menghadiri Forum Kerjasama Tenaga BRICS edisi pertama di Beijing, Selasa.

BRICS menyumbang kira-kira 42 peratus daripada populasi seluruh dunia dan hampir satu perempat daripada agregat ekonomi global.

Sementara itu, pengeluaran dan penggunaan tenaganya masing-masing menduduki 35 peratus dan 40 peratus daripada keseluruhan dunia.

Difahamkan, inisiatif bersama mengenai komitmen BRICS untuk menyumbang kepada pembangunan mampan pasca pandemik COVID-19 turut dikeluarkan sempena forum tersebut.