Saluran Dokumentari CGTN dan Radio Teluk Besar Bakal Disiar di Hong Kong

2022-06-24 15:36:32  cri
Share with:


Saluran dokumentari Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Radio Teluk Besar kendalian Kumpulan Media China (CMG) akan disiarkan di Hong Kong mulai 1 Julai, sempena ulang tahun ke-25 wilayah itu kembali ke pangguan tanah air.

Majlis pelancarannya telah diadakan secara serentak di Beijing dan Hong Kong hari ini.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu berkata, penyiaran TV dan radio itu akan membuka lebih banyak saluran kepada penduduk Hong Kong untuk mengenali pembangunan negara, sekali gus meningkatkan perasaan kekitaan.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapannya pula berkata, usaha penyiaran tersebut bertujuan memberi perkhidmatan kepada pengintegrasian Hong Kong dalam landskap pembangunan negara, dan membantu saudara setanah air dari Hong Kong mengetahui dasar kerajaan pusat dan strategi pembangunan negara.