Pelaburan China ke Negara BRI Saksikan Lonjakan

2022-06-24 15:07:31  CRI
Share with:

Pelaburan langsung bukan kewangan China terhadap negara-negara terlibat dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi Januari hingga Mei mencatat USD8.19 bilion (RM36.05 bilion), menokok 10.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut data terkini Kementerian Perdagangan, keseluruhan pelaburan langsung bukan kewangan China terhadap negara asing menyaksikan kenaikan sebanyak 2.3 peratus untuk tempoh sama, dengan jumlahnya mencecah RMB287.06 bilion (RM188.75 bilion).

Antaranya, pelaburan bagi sektor pemborongan dan peruncitan melonjak 20.8 peratus kepada USD8.08 bilion (RM3.56 bilion).

Sementera itu, pelaburan dalam industri pembinaan serta sektor penyelidikan saintifik dan perkhidmatan teknikal turut memperlihatkan trend peningkatan sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini.