Xi Saran Bentuk Perkongsian Pembangunan Global

2022-06-24 22:54:28  cri
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mempengerusikan Dialog Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Global dan menyampaikan ucaptama secara maya hari ini.

Beliau berkata pandemik COVID-19 kini menjejaskan hasil pembangunan global, sekali gus merencatkan pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di samping itu, jurang pembangunan antara Selatan dan Utara semakin besar, sementara tercetusnya krisis bahan makanan dan sumber tenaga.

Katanya, terdapat negara yang bertindak mempolitikkan dan mengetepikan agenda pembangunan, ‘membina tembok halaman sendiri’ dan mengenakan sekatan ekstrem, selain menghasut perpecahan dan konfrontasi.

Serentak itu, rakyat pelbagai negara mempunyai asiprasi yang lebih kuat untuk mengejar kedamaian, pembangunan dan kerjasama, sementara negara pasaran baru muncul dan negara membangun menunjukkan komitmen lebih teguh terhadap solidariti dan pengukuhan diri.

Beliau menyarankan supaya usaha sama dilakukan ke arah membina konsensus antarabangsa demi memacu pembangunan, mewujudkan iklim kondusif serta memupuk momentum baharu untuk pembangunan, di samping membentuk perkongsian pembangunan global.

Xi turut menzahirkan komitmen China untuk terus menyokong Agenda Pembangunan Mampan 2030 menerusi siri pendekatan praktikal. Ia termasuk mempertingkat peruntukan kepada kerjasama pembangunan global, bersinergi dengan pelbagai pihak bagi memperkasa kerjasama dalam bidang-bidang penting serta menubuhkan wadah perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan usaha pembangunan.