Pelan Nansha Kondusif Bagi Bentuk Platform Strategik Kerjasama GBA

2022-06-25 15:01:25  CRI
Share with:

Dewan Negara China menyiarkan pelan keseluruhan mengenai usaha daerah Nansha, Guangzhou untuk mengintensifkan kolaborasi komprehensif Guangdong-Hong Kong-Makau, mutakhir ini. 

Ahli Kumpulan Kepimpinan Parti Komunis China (PKC) Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Guo Lanfeng menyatakan pelan itu kondusif bagi membina platform strategik utama kerjasama komprehensif Guangdong-Hong Kong-Makau.

Ia akan turut memperkayakan konotasi pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem", sekali gus menyokong pengintegrasian Hong Kong dan Makau ke dalam landskap pembangunan negara, katanya.

Semasa sesi taklimat pada Jumaat, Guo memperkenalkan lima tugas utama yang menjadi tumpuan pelan tersebut, iaitu membina pangkalan inovasi bagi industri sains dan teknologi, mencipta platform keusahawanan dan pekerjaan golongan muda, membangunkan pangkalan perkhidmatan komprehensif untuk syarikat tempatan melabur ke luar negara, membentuk persekitaran perniagaan bertaraf dunia dan mewujudkan penanda aras untuk pembangunan bandar berkualiti tinggi.

Berpandukan pelan baharu itu, Nansha akan memainkan peranan selaku peneraju dalam menggalakkan Kawasan Teluk Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Makau terlibat dalam kerjasama dan persaingan antarabangsa, ke arah mengetengahkan GBA sebagai pintu keterbukaan menyasar dunia yang bertaraf tinggi.