Iklim Perniagaan Hong Kong Kekal Mantap

2022-06-26 15:33:54  CRI
Share with:

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) S&P Hong Kong terus menokok dua bulan berturut-turut hingga merekodkan paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun, menurut data terkini.

Kenaikan indeks yang mengukur tahap aktiviti ekonomi itu memaparkan persekitaran perniagaan tempatan bertambah baik secara menyeluruh dengan momentum pertumbuhan ekonomi yang kukuh. 

Hong Kong kekal di tangga ketiga di dunia dan pertama di Asia dalam laporan Indeks Pusat Kewangan Global (GFCI) yang dikeluarkan pada Mac tahun ini, sekali lagi membuktikan kedudukan terdepannya dalam bidang kewangan sejagat.

Setiausaha Kewangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Paul Chan Mo-po memaklumkan, wilayah itu kini memiliki lebih 2,500 syarikat yang disenaraikan di pasaran saham berbanding hanya 600 buah pada 1997.

Pada masa sama, keseluruhan nilai saham syarikat tersenarai berkenaan turut menyaksikan peningkatan sebanyak 12 kali ganda.

Paul Chan menambah, lebih 70 daripada 100 bank terbesar di dunia telah menubuhkan pejabat cawangan di Hong Kong. Statusnya selaku hab kewangan antarabangsa terus mencapai kemajuan besar sejak wilayah itu kembali ke pangkuan tanah air pada 1997.