Iran, Iraq Sokong Penyelesaian Isu Serantau Melalui Dialog

2022-06-27 14:34:48  CRI
Share with:

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, menegaskan peri pentingnya untuk  menyelesaikan isu serantau melalui dialog antara pihak-pihak terbabit semasa sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al-Kadhimi, yang diadakan di Tehran pada Ahad.

"Kehadiran kuasa asing tidak akan membantu menyelesaikan isu serantau. Maka negara-negara serantau perlu menggalakkan dialog untuk penyelesaian isu serantau," kata Raisi.

Ebrahim Raisi menyatakan bahawa pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan berhubung isu politik, hubungan ekonomi dan perdagangan dan komited untuk memperkasa kerjasama ekonomi dan perdagangan dan memperkukuh hubungan bilateral.

“Percubaan Israel untuk menormalkan hubungannya dengan beberapa negara di rantau ini tidak bermakna jaminan keselamatannya boleh meningkat,” kata Raisi ketika mengulas tindakan Israel berkenaan.