Rai Ulang Tahun Ke-25 Pengembalian HK ke Tanah Air

2022-06-27 15:23:27  CRI
Share with:

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 pengembalian Hong Kong (HK) ke pangkuan tanah air China, pelbagai lapisan masyarakat setempat mengadakan aktiviti perayaan yang beraneka ragam baru-baru ini untuk meluahkan rasa gembira dan cinta terhadap tanah air.

Biro Pendidikan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) mengundang sejumlah pelajar dari beberapa sekolah menengah yang menjadi pemenang pertandingan muzik sekolah HK bagi menghasilkan video muzik untuk lagu “Saya dan Tanah Airku”, dan berharap agar para pelajar memupuk cita-cita menyuburkan kebudayaan China melalui nyanyian lagu itu, selain memupuk rasa teruja dan meningkatkan kesudian sebagai warganegara China.

Bendera kebangsaan China dan bendera HKSAR kelihatan berkibaran di koridor setiap tingkat dalam Blok Perumahan Umum yang bertingkat 20 lebih di Ping Shek Estate, Kwun Tong, Kowloon.

Selain itu, sejumlah pelukis sukarelawan, pelajar dan guru tempatan memilih menghasilkan lukisan yang mencerminkan sejarah “Buatan HK” pada satu dinding sepanjang 160 meter di Hung Hom Bypass.