Syarikat Pelaburan China Sumbang Barang kepada Mangsa Gempa Bumi Afghanistan

2022-06-27 11:48:08  CRI
Share with:

Upacara penyerahan barangan sumbangan dari projek bijih tembaga MesAynak Kumpulan Metalurgi China (MCC) ke kawasan bencana gempa bumi telah diadakan di bandar Khost, provinsi Khost, timur Afghanistan semalam.

Barang sumbangan kumpulan pertama kali ini merangkumi beras, tepung gandum, minyak masak dan daun teh. Pegawai dari badan pengawalan bencana dan hal ehwal kemanusiaan Khost, Fazal Muhammad telah mengucapkan terima kasih kepada syarikat pelaburan China atas bantuan tersebut. Menurut beliau, rakyat China telah menyumbang barang yang amat diperlukan oleh penduduk kawasan bencana.