Perhimpunan Bantah Kebencian dan Keganasan terhadap Keturunan Asia

2022-06-27 14:55:13  CRI
Share with:

Perhimpunan keturunan Asia yang diadakan di Lapangan Negara di bandar Washington, Amerika Syarikat (AS) petang Sabtu lalu merayu agar menghentikan kegiatan kebencian dan jenayah keganasan terhadap keturunan Asia.

Salah seorang penganjur aktiviti itu memberitahu wartawan bahawa terdapat ribuan orang yang menyertai perhimpunan itu dan berharap agar seruan mereka yang memperjuangkan kesamarataan perkauman dan keselamatan perseorangan keturunan Asia boleh kedengaran.

Menurut data daripada Pusat Penyelidikan Kebencian dan Pelampauan San Bernardino Universiti California (California State University, San Bernardino) pada awal tahun ini, jenayah kebencian terhadap keturunan Asia di AS pada tahun 2021 telah melambung 339% berbanding tahun 2020, dengan kebanyakannya berlaku di bandar raya seperti New York, San Francisco dan Los Angeles yang sudah menyaksikan rekodnya dibaharui berturut-turut.