BRICS Buahkan Hasil Perdagangan yang Pelbagai
Pertemuan pemimpin negara BRICS ke-14 yang diadakan dengan jayanya baru-baru ini membuahkan hasil yang melimpah.
Naib Menteri Perdagangan China yang juga timbalan wakil rundingan perdagangan antarabangsa, Wang Shouwen menyatakan bahawa pertemuan pemimpin BRICS tersebut telah mengesahkan sejumlah hasil yang tercapai dalam sektor ekonomi dan perdagangan yang melibatkan ekonomi digital, pembangunan berterusan hijau, kerjasama rantai pembekalan dan pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Wang berkata, perdagangan bilateral antara China dengan anggota BRICS meningkat 40% dengan melebihi USD490 bilion (RM2.16 trilion) pada 2021. Pada Januari hingga Mei tahun ini, perangkaan tersebut meningkat kira-kira 16% dengan mencapai USD205.1 bilion (RM904 bilion).
Walaupun jumlah perdagangan negara BRICS menduduki 20% dalam keseluruhan global, namun perdagangan antara anggota BRICS hanya menduduki 6% dalam perdagangan luar negara masing-masing. Ini bermakna kerjasama ekonomi perdagangan antara anggota BRICS berpotensi besar.
Menurut Wang, mesyuarat menteri ekonomi dan perdagangan BRICS dan lima sidang kumpulan kerja yang diadakan sempena pertemuan pemimpin BRICS kali ini, juga membuahkan hasil yang substantif dan melimpah, misalnya telah meluluskan “rangka hubungan rakan ekonomi digital BRICS”, mengemukakan langkah untuk meningkatkan taraf digital pelabuhan, menggalakkan pelaburan infrastruktur digital dan mengintensifkan keupayaan syarikat mikro, kecil dan sederhana, dan meluluskan “inisiatif pelaburan perdagangan dan pembangunan mampan BRICS” yang bertujuan menentang halangan perdagangan yang beralasan perubahan iklim, serta “inisiatif kerjasama rantai pembekalan BRICS” yang bertujuan memastikan kelancaran dan kestabilan rantai pembekalan dan industri.
Selain itu, sejumlah kata sepakat dalam kerjasama multilateral juga dicapai oleh anggota BRICS.