AS Digesa Lihat Diri di Cermin Berhubung Isu Buruh Paksa

2022-06-28 13:41:20  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa melihat diri di cermin berhubung isu buruh paksa dan memberi respons terhadap keprihatinan masyarakat antarabangsa secepat mungkin.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian sebagai respons terhadap Penyelaras NSC (National Security Council) untuk Komunikasi Strategik AS, John Kirby menyatakan keprihatinan atas apa yang disebut "buruh paksa" di China pada 25 Jun setelah Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur (UFLPA) diumumkan negaranya pada minggu lepas.

Zhao berkata, gejala ‘buruh paksa’ tidak wujud di China, melainkan di AS.

“AS bertalu-talu mengeksploitasi apa yang disebut ‘buruh paksa di Xinjiang’, bahkan ‘penganggur paksa di Xinjiang’ bagi tujuan mengekang pembangunan China.

“Pada hakikatnya, fitnah AS terhadap China mencerminkan jenayah yang dilakukannya sendiri,” katanya.

Menurut Zhao, isu buruh paksa merupakan masalah yang berurat akar di AS sejak penubuhannya.

“Statistik menunjukkan lebih 12.5 juta orang Afrika diperdagangkan ke Amerika Latin sebagai buruh paksa dari tahun 1525 hingga 1866. Kekayaan AS penuh dengan titisan darah, peluh, air mata dan korbanan hamba.

“Laman web Universiti Denver pernah mendedahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 500,000 orang buruh paksa hidup dalam keadaan perhambaan moden di AS pada masa ini.  

“Seramai 100,000 orang diperdagangkan ke AS untuk dijadikan buruh paksa setiap tahun.

“Terdapat kira-kira 500,000 buruh kanak-kanak yang bekerja di perladangan di negara itu pada masa sekarang. Pertubuhan Buruh Antarabangsa telah bertahun-tahun menyatakan kebimbangan dan keprihatinan mengenai kecederaan parah yang dialami buruh kanak -kanak di perladangan AS,” kata Zhao.  

Dan akhirnya, Zhao mengulas bahawa AS bukan negara pemeterai Konvensyen Buruh Paksa Tahun 1930.