Rundingan Pulihkan Perjanjian Nuklear Iran Bakal Diadakan di Qatar

2022-06-28 15:05:30  CRI
Share with:

 

 

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser semalam mendedahkan bahawa satu rombongan diketuai Timbalan Menteri Luar yang juga selaku wakil perunding perdana bagi isu nuklear, Bagheri akan bertolak ke Qatar untuk menghadiri rundingan tentang pemulihan perjanjian komprehensif masalah nuklear Iran.

 

Kementerian Luar Iran sebelum ini pernah menyatakan pihaknya tidak akan mengadakan sebarang rundingan langsung dengan Amerika Syarikat (AS), dan hanya mengadakan rundingan tidak langsung berdasarkan penyelarasan Kesatuan Eropah (EU), dengan berfokus kepada isu yang belum diselesaikan seperti pembatalan sekatan terhadap Iran.