Xi Beri Kata Semangat kepada Petani Unggul

2022-06-28 15:35:40  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping semalam mengirim surat balas kepada Xu Zongxiang, petani unggul dari kaunti Taihe, provinsi Anhui sekali gus menyampaikan salam kepada penduduk tempatan serta mengeluarkan harapan kepada semua penanam utama dalam bidang penghasilan bijirin di seluruh negara.

Dalam surat itu, Xi berkata beliau masih mengingat Xu selaku penanam bijirin yang sangat pandai, dan berbesar hati setelah diberitahu tentang tuaian gandum melimpah pada tahun ini serta anak dan cucu Xu mengikuti jejaknya menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Xi menyatakan bahawa pengeluaran bijirin selalu dijadikan tumpuannya, maka setiap kali turun padang beliau memilih menjalankan tinjauan ke perladangan. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China telah memperkenalkan siri langkah yang menyokong penghasilan bijirin dengan tujuan memastikan bekalan bijirin yang mencukupi untuk kegunaan rakyat China, serentak itu memastikan para penanam bijirin mendapat rezeki yang untung dan menjalani kehidupan yang bahagia.

Xi berharap agar penanam utama dalam bidang penghasilan bijirin  berdasarkan skop penanaman miliknya yang luas dan penerapan teknologi sains pertanian moden, menghulurkan bantuan kepada penanam kecil dan sederhana dan bersama dengan mereka  menyumbang kepada keselamatan bijirin negara melalui peningkatan penghasilan dan penambahbaikan kualiti bijirin.

Xu Zongxiang, petani kampung Zhanghuai, kaunti Taihe provinsi Anhui, menubuhkan satu koperasi penanaman pertanian pada tahun 2010, dan lama kelamaan menjadi penanam utama dalam bidang penghasilan bijirin sehingga mendapat gelaran sebagai ‘pekerja teladan kebangsaan’.

Pada April tahun 2011, Xi ketika meninjau ke kampung Zhanghuai pernah bertanya kepada beliau dan para petani lain tentang keadaan penanaman gandum tempatan.