Kru Angkasawan Shenzhou-13 Bertemu Media

2022-06-29 11:57:12  CRI
Share with:

Kru angkasawan Shenzhou-13 yang terdiri daripada Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu bertemu dengan media di Beijing, pada Selasa. 

Ini kali pertama ketiga-tiga angkasawan tersebut bertemu dengan media dan awam secara rasmi selepas mereka selamat kembali ke Bumi 74 hari dahulu. 

Pada pertemuan itu, Jing Haipeng, ketua Pasukan Angkasawan telah memberitahu tentang situasi pemulihan serta rancangan susulan kru angkasawan Shenzhou-13 itu. 

Menurut taklimat, mereka telah menyelesaikan kuarantin dan pemulihan dalam beberapa fasa, dan kini telah memasuki fasa pemerhatian. 

Ketika ini, ketiga-tiga angkasawan itu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik, dengan keputusan pelbagai pemeriksaan perubatan menunjukkan keadaan mereka adalah normal. 

Menurut laporan, mereka akan kembali mejalankan latihan seperti biasa selepas lulus penilaian nanti.