AS Didesak Henti Sebarkan Maklumat Palsu

2022-06-29 13:33:35  CRI
Share with:

Ketika menyampaikan ucapan dalam sesi perbincangan peringkat tinggi yang bertajuk "menghapuskan impak negatif maklumat palsu terhadap hak asasi manusia" mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) ke-50 semalam, wakil China telah mendesak sesetengah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) berhenti menyebarkan maklumat palsu dan mencabuli hak asasi manusia.

 

Menurut wakil China, sesetengah negara termasuk AS bermotifkan politik mereka-reka dan menyebarkan maklumat palsu dengan menyasarkan negara lain, malah beralasan hak asasi manusia mencampuri urusan dalaman negara lain di samping melakukan sekatan sepihak secara sewenang-wenangnya.

 

Jika mengimbau kembali sejarah, AS pernah berkali-kali berdasarkan bohongan dan maklumat palsu mencetuskan peperangan terhadap negara lain sehingga membawa malapetaka terhadap rakyat negara terbabit. Perbuatan AS seumpama itu telah melanggar prinsip Piagam PBB dan mencabuli hak asasi manusia secara biadab. Oleh itu, AS perlu segera berhenti menyebarkan maklumat palsu dan mencabuli hak asasi mansuia. Institusi hak asasi manusia multilateral pula dikehendaki membincangkan masalah hak asasi manusia berdasarkan realiti demi mengelakkan diri daripada diperalatkan sebagai lubuk maklumat palsu.