Konsulat Asing di Hong Kong Kini Catat 119 Buah

2022-06-29 13:01:13  CRI
Share with:

Tanggal 1 Julai merupakan ulang tahun ke-25 kepulangan Hong Kong ke pangkuan tanah air.

Sepanjang 25 tahun lalu, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) telah menjalin hubungan lebih erat dengan seluruh dunia, sementara pengaruhnya di arena antarabangsa terus meningkat. 

Untuk rekod, bilangan konsulat asing di HKSAR telah meningkat daripada 88 kepada 119 dalam tempoh antara 1997 hingga Mei 2022.

Pada masa sama, wilayah itu kini menawarkan kemudahan bebas visa dan visa semasa ketibaan (VOA) untuk sebanyak 168 negara dan wilayah berbanding hanya 40 pada 1997.