CCPIT Ratifikasikan 43,600 Sijil Tempat Asal untuk Kegunaan RCEP

2022-06-29 16:35:26  CRI
Share with:

Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) telah meratifikasikan 43,600 sijil tempat asal (Certificate of Origin) dari 10,000 syarikat domestik untuk kegunaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada lima bulan pertama tahun ini, melibatkan urus niaga bernilai USD2.082 bilion (RM9.161 bilion).

Pada sidang media yang diadakan Rabu, pegawai CCPIT memaklumkan, sijil berkenaan dijangka berperanan mengurangkan tarif yang dikenakan negara pengimport sebanyak USD31 juta (RM136.4 juta) terhadap produk China termasuk pakaian, produk kimia organik, bahan mentah plastik dan barangan buatan plastik .

Jepun menduduki tangga pertama dalam ranking nilai urus niaga China yang berkaitan dengan sijil tempat asal RCEP pada lima bulan berturut-turut, dengan nisbahnya melebihi 90% dalam jumlah keseluruhan. Ini mencerminkan bahawa pelaksanaan RCEP amat menggalakkan pengeksportan China ke Jepun.

Dimaklumkan lagi, Forum Kemuncak Kerjasama Ekonomi RCEP Tahun 2022 dijadualkan di bandar Qingdao, China pada 27 hingga 29 Julai.