KDNK Per Kapita Hong Kong Meningkat Lebih Sekali Ganda

2022-06-29 15:29:06  CRI
Share with:

1 Julai merupakan hari peringatan ulang tahun ke-25 pengembalian Hong Kong ke tanah air China. Dalam tempoh 25 tahun lalu, Hong Kong yang bersandar pada sokongan tanah air, berjaya mengatasi pelbagai risiko dan cabaran, mengekalkan kemakmuran dan kestabilan masyarakat dan menambah corak legenda kepada episod pembangunan baharu. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Hong Kong telah meningkat dari HKD1.37 trilion (RM768 bilion) pada tahun 1997 ke HKD2.86 trilion (RM1.6 trilion) pada tahun 2021, sedangkan KDNK per kapita pun meningkat dari HKD192,000 (RM107,693) ke HKD387,100 (RM217,124). 

Menurut rekod, nilai komoditi perdagangan luar Hong Kong pada tahun 2021 meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun 1997 dengan mencatat HKD10.27 trilion (RM5.76 trilion).