Jangka Hayat Penduduk Hong Kong Semakin Meningkat

2022-06-30 16:54:37  CRI
Share with:


Tarikh 1 Julai 2022 merupakan ulang tahun ke-25 kepulangan Hong Kong ke pangkuan tanah air.

Sepanjang 25 tahun lalu, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) telah menyaksikan pertumbuhan populasi hampir sejuta orang, iaitu daripada 6.5021 juta pada 1997 kepada 7.4131 juta pada 2021. 

Pada 2021, purata jangka hayat penduduk lelaki di HKSAR adalah 83 tahun, manakala perempuan pula 87.7 tahun. Ia masing-masing meningkat sebanyak 6.2 tahun dan 5.5 tahun berbanding 1997.

Dengan ini, Hong Kong menjadi antara wilayah yang merekodkan jangka hayat tertinggi di dunia.