Kekal “Satu Negara Dua Sistem”, Masa Depan Hong Kong Lebih Cerah

2022-06-30 21:28:58  CRI
Share with:

Fakta membuktikan bahawa“satu negara dua sistem”adalah kerangka sistem baik yang boleh memastikan Hong Kong kekal makmur dan stabil, dan menjadikan kesejahteraan penduduk tempatan terjamin.Masa depan Hong Kong pasti lebih cerah berdasarkan pelaksanaan konsisten dasar itu. Presiden Xi Jinping berkata demikian setelah tiba di stesen kereta api berkelajuan tinggi West Kowloon Hong Kong petang tadi.

Ketibaan Presiden Xi dan isterinya, Peng Liyuan telah mendapat sambutan hangat tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat Hong Kong.

Ketika menyampaikan ucapan dalam majlis sambutan, Xi menyatakan bahawa beliau sentiasa memberikan perhatian kepada Hong Kong, hatinya dan kerajaan pusat sentiasa bersama-sama dengan penduduk Hong Kong.

Dalam suatu masa dahulu, Hong Kong pernah berkali-kali mengalami ujian serius dan berkali-kali menyahut malah mengatasi risiko dan cabaran. Sekarang ini Hong Kong dapat menampilkan wajah yang segar dan dinamik. Fakta membuktikan bahawa dengan adanya“satu negara dua sistem”yang dilaksanakan dengan konsisten, Hong Kong akan mempunyai masa depan yang lebih indah dan pasti akan memberikan sumbangan lebih besar kepada kebangkitan nusa dan bangsa China.

Seterusnya, Xi akan menghadiri majlis meraikan ulang tahun ke-25 kepulangan Hong Kong ke tanah air dan majlis angkat sumpah barisan kerajaan penggal keenam Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) esok serta menjalankan tinjauan di Hong Kong.