Presiden Xi Bertemu Ketua Eksekutif HKSAR Carrie Lam

2022-06-30 21:52:05  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan harapan agar Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) Carrie Lam Cheng Yuet-ngor menyokong pentadbiran Ketua Eksekutif dan kerajaan HKSAR penggal baharu, terus menyumbang kepada pembangunan HK dan negara.

Presiden Xi berkata demikian ketika bertemu dengan Carrie Lam di HK pada petang tadi.

Xi berkata, kerajaan pusat memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada  sumbangan Carrie Lam dan kerja yang dijalankannya sepanjang tempoh perkhidmatannya selama lima tahun sebagai ketua eksekutif dalam usaha mengamalkan dasar "satu negara, dua sistem" dan Undang-undang Asas HK, beserta prinsip 'Hong Kong ditadbir patriot', memimpin kerajaan HKSAR memartabatkan penguatkuasaan undang-undang dalam tadbir urus, menyatupadukan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat memerangi rusuhan kekerasan, dan membendung penularan pandemik COVID-19, yang dilihat kondusif bagi pemeliharaan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara serta kemakmuran dan kestabilan tempatan.

Carrie Lam pula menyatakan terima kasih kepada Presiden Xi yang sudi mendatangi Hong Kong yang masih bergelut dengan COVID-19, untuk  menghadiri majlis meraikan ulang tahun ke-25 kepulangan Hong Kong ke tanah air dan majlis angkat sumpah barisan kerajaan penggal keenam HKSAR. Ini mencerminkan keprihatinan ikhlas Xi terhadap sanak saudara HK.