Perhatian Presiden Xi terhadap Hong Kong

2022-06-30 17:00:29  CRI
Share with:

Seawal tempoh  perkhidmatannya di provinsi Fujian dan Zhejiang, Xi Jinping pernah melawat Hong  Kong beberapa kali; Seterusnya ketika memeriksa persiapan perlumbaan menunggang  kuda bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2008 di Beijing, beliau melakukan tinjau  teliti terhadap perkembangan wilayah pentadbiran khas itu; Kemudian setelah  menjadi pemimpin tertinggi parti dan negara, Setiausaha Agung Xi tidak pernah  melupa kepentingan dan kesejahteraan saudara setanah air serta kemakmuran dan  kestabilan di Hong Kong, dan memberi arahan bagi mengekalkan pelaksanaan "satu  negara, dua sistem" di landasan yang  mantap.

Pembangunan adalah anak  kunci yang boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah di masyarakat  tempatan.

"Hong Kong yang  bersandarkan tanah air dan berorientasikan dunia mempunyai beberapa banyak  syarat kondusif bagi pembangunan dan kelebihan persaingan istimewa, dan  hendaklah menghargai dan mengambil peluang dan pentas yang tersedia dalam  perkembangan pesat tanah air sejak akhir-akhir ini",  katanya.

Pembangunan Hong Kong sudah  mempunyai konotasi baharu berkat pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI),  pembinaan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao, bantuan kerajaan pusat  dalam menangkis wabak, dan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-14 . Pelaksanaan  dasar “satu negara, dua sistem” yang terbukti berjaya, membolehkan Hong Kong  dilibatkan diri dalam senario tadbir urus kebangsaan, serta bersama-sama  membangun dengan Tanah Besar dalam bidang yang saling  melengkapi.

China tidak berganjak  daripada pelaksanaan "satu negara, dua sistem", dan menentang sebarang kuasa  luar mencampur tangan dalam urusan wilayah itu.  

"Hal ehwal Hong Kong dan  Macao adalah urusan dalaman China setelah kedua-dua wilayah pentadbiran khas itu  kembali ke pangkuan tanah air. China bertekad memelihara kedaulatan dan  keselamatan serta kepentingan pembangunan negara", tegas Presiden Xi dalam  Majlis Peringatan Ulang Tahun Ke-20 Pengembalian Macao ke Tanah Air pada 20  Disember tahun 2019.

Ketika menyampaikan  ucaptama Tahun Baharu 2022, Xi berkata, tanah air sentiasa mengendahkan  kemakmuran dan kestabilan Hong Kong dan Macao. Semua anak China menanti-nantikan  menyaksikan penyatuan tanah air semula dan bersama-sama mencipta masa depan nusa  dan bangsa yang cemerlang.