Perdagangan Tanah Besar-Hong Kong Lonjak Lebih Enam Kali Ganda

2022-07-01 12:09:27  CRI
Share with:

Perdagangan antara Tanah Besar dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China menyaksikan peningkatan lebih daripada enam kali ganda sejak pengembalian Hong Kong ke tanah air dalam tempoh 25 tahun lalu.

Menurut maklumat Kementerian Perdagangan China, dari tahun 1997 hingga 2021, jumlah perdagangan antara Tanah Besar dan Hong Kong menlonjak daripada USD50.77 bilion (RM223.79 bilion) kepada USD360.33 bilion (RM1.589 trilion) dengan peningkatan tahunan berpurata 8.5 peratus.

Setakat akhir tahun 2021, pelaburan dari Hong Kong ke Tanah Besar melampaui USD1.4 trilion (RM6.17 trilion), manakala pelaburan langsung bukan kewangan yang terlaksana Tanah Besar ke Hong Kong melebihi USD800 bilion (RM3.53 trilion).

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting, pada sidang akhbar yang diadakan pada Khamis berkata bahawa Tanah Besar dan Hong Kong yang mempunyai kelebihan masing-masing saling melengkapi dalam pembangunan bersama sejak tahun 1997. 

“Sepanjang proses mengintegrasikan dirinya ke dalam senario pembangunan kebangsaan, Hong Kong berperanan sebagai peserta penting dalam kitaran pasaran domestik dan modulator utama yang menghubungkan kitaran pasaran domestik dengan antarabangsa,” katanya.  

Shu menambah bahawa Kementerian Perdagangan China akan terus menyokong pembangunan ekonomi Hong Kong dan peningkatan kesejahteraan kehidupan rakyat setempat, serta memudahkan penglibatan Hong Kong dalam senario pembangunan kebangsaan.