Pekan Kecil Diserikan Bunga Teratai

2022-07-01 11:44:16  CRI
Share with:

Bunga teratai berkembang mekar di kolam menjangkau sehingga 17 kilometer di pekan Daciyan, bandar Jiande, provinsi Zhejiang, sekali gus menyerlahkan pemandangan yang amat menakjubkan.

Teratai keluaran pekan itu bukan sahaja dijual di pasaran domestik, malah juga dieksport ke luar negara.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pekan tersebut giat membangunkan jenama teratai sendiri sambil memacu agropelancongan, sehingga berjaya mewujudkan rantaian industri teratai yang semakin sempurna.