Masyarakat Antarabangsa Bimbang akan Kegiatan Biologi Ketenteraan AS

2022-07-01 13:04:04  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang menjalankan kegiatan biologi ketenteraan terbanyak di dunia dan juga satu-satunya negara yang menentang penubuhan mekanisme pemeriksaan di bawah kerangka Konvensyen Senjata Biologi (BWC). 

Kegiatan biologi ketenteraan yang dijalankan AS di seluruh dunia sudah sekian lama menjadi kebimbangan serius masyarakat antarabangsa.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian sebagai respons terhadap cadangan dari seorang pegawai perisikan Tentera AS yang sudah bersara, Scott Bennett berhubung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu harus membentuk satu tribunal antarabangsa untuk mengadili mereka yang membangun senjata biologi dan mengoperasi makmalnya di Ukraine berasaskan bukti yang terkumpul oleh Rusia. 

Pada sidang media yang diadakan pada Khamis, Zhao berkata bahawa semakin ramai orang, termasuk yang dari AS menimbulkan persoalan terhadap kegiatan biologi ketenteraan AS di seluruh dunia. 

“’Memastikan perjanjian dipatuhi melalui pemeriksaan’ adalah konsensus antarabangsa dan hal ini tidak boleh dikecualikan dalam sektor biosekuriti. 

“Sebagai salah satu negara deposit BWC, AS sepatutnya bertindak sebagai telandan. 

“China menggesa AS mengambil sikap bertanggungjawab dan memberikan penjelasan yang menyakinkan mengenai kegiatan biologi ketenteraannya di Ukraine dan tempat-tempat lain dengan secepat mungkin, dan membuka pintu kepada pemeriksaan masyarakat antarabangsa,” kata Zhao.