Jadual Kerja Selesai, Xi Tinggalkan Hong Kong

2022-07-01 16:16:30  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah meninggalkan Hong Kong dengan menaiki kereta api khas tengah hari tadi setelah jadual kerjanya selesai dengan sempurna.

Sebagai bahagian utama dalam jadual kerjanya di Hong Kong, Xi telah menghadiri majlis meraikan ulang tahun ke-25 kepulangan Hong Kong ke tanah air dan majlis angkat sumpah barisan kerajaan penggal keenam Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) pagi tadi.

Sebelum itu, Xi bertemu dengan Leung Chun-ying, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor dan John Lee Ka Chiu serta pegawai lain, wakil pelbagai kalangan masyarakat Hong Kong dan pasukan disiplin Hong Kong.

Selain itu, beliau juga telah melawat agensi kerajaan pusat ke Hong Kong dan institusi modal China utama, serta meninjau pasukan Tentera Pembebasaan Rakyat China ke Hong Kong dan Taman Sains Hong Kong.

Turut hadir dalam pertemuan dengan Xi, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macao, Ho Iat Seng.