Xi Tinjau di Taman Sains HK

2022-07-01 11:40:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah meninjau Taman Sains Hong Kong (HKSP) dengan dampingan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor petang Khamis.

Lebih 1,100 syarikat melibatkan lebih 17,000 pekerja kreatifnya bertapak di HKSP, pangkalan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi serta inkubator perusahaan yang terbesar di Hong Kong di mana terdapat juga makmal kendalian beberapa banyak institusi R&D dan sekolah pengajian tinggi yang terkenal di dalam dan luar negeri.

Setelah mendengar taklimat tentang kemajuan yang tercapai Hong Kong dalam bidang sains dan teknologi inovatif, interaksi antara Shenzhen dengan Hong Kong dan perkembangan HKSP di dewan pameran, Xi berkata, kerajaan tempatan disarankan mengikuti jejak arus zaman, menonjolkan kedudukan pembangunan inovatif dan mengukuhkan peranan penyangga dan peneraju yang dimainkan inovasi teknologi.

Ketika meninjau ke Pusat Penyakit Neurodegeneratif Hong Kong, Xi telah mendengar taklimat tentang pencapaian pasukan tempatan dalam mendiagnosis dan mengubati penyakit Alzheimer, dan menggalakkan pihak terbabit mengejari keunggulan supaya dapat mencipta lebih banyak hasilan yang bertaraf dunia.

Seterusnya dalam sesi temu mesra dengan ahli akademi, pasukan pengajian sains dan teknologi dan wakil usahawan belia, Xi berharap agar mereka menyuburkan tradisi patriotik, memperkukuh keyakinan dalam bidang inovasi, berinisiatif meningkatkan penyelarasan berdasarkan keperluan strategi kebangsaan, dan bersemangat gigih memperjuangkan penembusan untuk menguasai teknologi kunci demi menyumbang kepada usaha mengharumkan nama China di pentas teknologi dunia. 

Pada hari yang sama, Isteri Presiden, Peng Liyuan telah mengunjungi Pusat Drama di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat untuk mengenali keadaan dan perkembangan kebudayaan setempat. Beliau memuji persembahan berkenaan dan menyifatkannya mencerminkan pesona kebudayaan China. Selain itu, Peng juga meninjau dan melibatkan diri dalam penghasilan karya seni kertas tradisional dengan sukarelawan belia tempatan, dan menggalakkan golongan belia Hong Kong tambah semangat dan meningkatkan penginsafan dalam mewarisi kebudayaan tradisional China.