Rai Hari Jadi PKC di Seluruh Negara

2022-07-01 14:40:59  CRI
Share with:

Pelbagai aktiviti peringatan telah diadakan di seluruh negara pada hari jadi Parti Komunis China (PKC) yang jatuh pada 1 Julai.

Kuliah parti dan kunjungan ke Dewan Peringatan Revolusi Nanhu merupakan sebahagian dalam aktiviti peringatan di Jiaxing, provinsi Zhejiang, sejumlah anggota PKC memilih bersama dengan anggota baharu melibatkan diri dalam majlis angkat sumpah di Changde, provinsi Hunan, manakala hampir seratus anggota PKC yang baharu memilih menjejaki perjalanan revolusi dahulu di Banan, bandar Chongqing.

Di bandar Erdos, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, seramai 14,000 orang menyertai sesi nyanyi lagu serentak di tapak berlainan bagi meluahkan pujian terhadap pencapaian PKC yang cemerlang.

Sementara itu, sesi libat urus diadakan di Shangli, provinsi Jiangxi untuk mengumpulkan pendapat umum di peringkat akar umbi, manakala sejumlah kader di Taizhou provinsi Jiangsu menganjurkan aktiviti rondaan yang bertujuan melindungi ekologi di tebing sungai Yangtze.

Dalam perkembangan lain, anggota tentera yang bertugas di perkapalan, pangkalan dan perkhemahan pun dilaporkan berhubung adgen angkat sumpah untuk berbakti kepada PKC dan menyumbang kepada pembangunan tentera.