Biadab, Kem Barat yang Tuding Jari dan Fitnah Hong Kong

2022-07-02 14:37:01  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Britain bertindak biadab dalam menuding jari dan memfitnah urusan Hong Kong.

Menurut laporan berkenaan, terdapat beberapa negara dari kem Barat termasuk AS dan Britain yang mendakwa pada saat menjelang Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 Kepulangan Hong Kong ke Tanah Air China bahawa demokrasi, perundangan dan kebebasan di Hong Kong terjejas, dan China gagal menunaikan janji asalnya untuk pelaksanaan “satu negara dua sistem” .

Zhao dalam sidang media semalam menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping dalam ucapannya disampaikan dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 Kepulangan HK ke China menyatakan  “satu negara dua sistem”  yang terbukti berjaya dan bersesuaian dengan kepentingan asas negara dan bangsa China, mendapat sokongan meluas dari penduduk HK dan Macao serta pujian masyarakat antarabangsa. Kerajaan pusat China akan mengekalkan pelaksanaan dasar itu untuk jangka masa yang panjang.

Ucapan Xi telah menggaris cetak biru pembangunan Hong Kong pada era baharu yang menuju ke arah perkembangan yang makmur sekali gus menetapkan hala tuju bagi memastikan pelaksanaan “satu negara dua sistem” diteruskan dengan stabil. Kami yakin, dengan adanya bimbingan dan sokongan kerajaan pusat yang kuat serta sandaran tanah air yang hebat, tambahan pula lebih 7 juta penduduk Hong Kong berusaha dengan bersatu-padu, masa depan Hong Kong pasti lebih cerah.  

Zhao mengutuk lakuan berlagak negara-negara Barat dan menekankan bahawa cubaan mereka yang memfitnah kejayaan dalam praktik “satu negara dua sistem” di Hong Kong hanya akan menjadi sia-sia, dan campur tangan apa-apa pun terhadap urusan dalaman China mustahil berhasil.