Xi Mahu Garison PLA di HK Sumbang kepada "Satu Negara, Dua Sistem"

2022-07-02 14:32:31  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping pada Jumaat mengadakan tinjauan terhadap garison Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang ditempatkan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dan menegaskan peri pentingnya untuk meningkatkan keupayaan bertindak pantas dan menyumbang kepada pelaksanaan "satu negara, dua sistem" dengan konsisten di Hong Kong.

Xi yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China mengatakan, dalam tempoh 25 tahun yang lalu sejak Hong Kong pulang ke tanah air, garison PLA yang berpandukan keputusan dan arahan kerajaan  pusat  bersungguh-sungguh memartabatkan dasar "satu negara, dua sistem" serta Undang-undang Asas HKSAR dan undang-undang China mengenai penempatan garison PLA di HKSAR dalam pelaksanaan tugasan pertahanan rutin.

“Di sebalik situasi yang berkembang menjadi semakin rumit dan drastik di Hong Kong pada tahun-tahun kebelakangan ini, garison PLA telah memainkan peranan penting dalam pemulihan keamanan Hong Kong daripada kekacauan dan muncul sebagai penyangga dalam senario kerajaan pusat tentang pentadbiran di Hong Kong,” kata beliau.

“Memandangkan Hong Kong sekarang berada dalam tempoh penting untuk beralih daripada pemulihan ketenteraman ke tahap memacu pembangunan, garison PLA di Hong Kong mesti memperkasa pembinaan dalam semua aspek bagi meningkatkan keupayaan bertindak pantas, sekali gus menyumbang kepada pemeliharaan keselamatan negara, kemakmuran dan kestabilan di Hong Kong untuk jangka masa panjang, serta pelaksanaan "satu negara, dua sistem" dengan konsisten di Hong Kong,” Xi menambah.