Kes Tembakan Sempena Hari Kemerdekaan AS

2022-07-04 12:15:01  CRI
Share with:

Beberapa kes tembakan berlaku di seluruh negara Amerika Syarikat (AS) sejak cuti Hari Kemerdekaan bermula pada 1 Julai, mengakibatkan beberapa orang terbunuh atau cedera.

Menurut laporan CBS pada Sabtu, kes tembakan berlaku di Chicago, Illinois pada malam 1 Julai, menyebabkan seorang wanita mati dan dua lagi cedera.

Pada malam hari yang sama, satu kes tembakan berlaku di Houston, Texas, mengakibatkan dua remaja maut dan seorang lagi cedera.

Selain itu, menurut laporan media tempatan, beberapa kes tembakan berlaku di St. Louis, Missouri sejak 1 Julai. Setakat semalam, tiga orang disahkan terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 lagi cedera.

Untuk rekod, terdapat hampir 400 juta senjata api dimiliki rakyat AS, bersamaan setiap 100 orang memiliki 120 senjata api.

Menurut statistik laman sesawang "Archives of Gun Violence", keganasan senjata api telah meragut lebih 21,000 nyawa di negara itu pada tahun ini.