Muzium Istana Hong Kong Dibuka Awam

2022-07-04 12:10:07  CRI
Share with:

Muzium Istana Hong Kong dibuka kepada awam pada Ahad. Sebanyak lebih 900 artifak berharga dari Muzium Istana Beijing dipamerkan.

Sebagai satu acara penting sempena sambutan ulang tahun ke-25 pengembalian Hong Kong ke pangkuan China, pembukaan muzium itu tepat pada pukul 9.00 pagi Ahad ditunggu ramai penduduk yang beratur di luar.

Antara artifak yang dipamerkan itu, terdapat 166 dikategorikan sebagai peringkat I negara yang memaparkan sejarah dan budaya unggul bangsa China.

Naib Presiden Lembaga Pengelola Muzium Istana Hong Kong, Prof. Lee Chack Fan memberitahu bahawa pembinaan muzium tersebut menggunakan masa lima tahun dengan sokongan pelbagai pihak. Muzium Istana Beijing menghantar lebih 900 artifak berharga ke Hong Kong yang membawa peluang keemasan kepada penduduk tempatan untuk menikmati keindahan budaya dan seni bangsa China.