Sektor Logistik China Kembali Rancak

2022-07-04 17:14:57  CRI
Share with:

Indeks kemakmuran sektor logistik China kembali rancak hingga mencatat 52.1 peratus pada Jun, berbanding hanya berada di bawah paras 50 peratus dari Mac hingga Mei, menurut data terkini Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP).

Difahamkan, urus niaga melibatkan permintaan dan penawaran pasaran turut menunjukkan trend peningkatan, manakala industri logistik pulih ke tahap normal secara beransur-ansur.

Prestasi tersebut hasil daripada pelaksanaan dasar makro bagi menstabilkan ekonomi serta keberkesanan usaha China dalam mencegah dan mengawal pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Pusat Maklumat Logistik China (CLIC), Liu Yuhang berkata, kenaikan semula indeks itu sekali gus memberi isyarat positif bahawa sektor berkenaan terus berkembang dengan mantap.