Kapal Kontena Terbesar Berlabuh di Pelabuhan Ningbo

2022-07-04 13:50:41  CRI
Share with:

Kapal kontena terbesar di dunia, "Changyi" berlabuh di pelabuhan Zhoushan, Ningbo semalam.

Kapal "Changyi" yang direka dan dibina oleh China sendiri, boleh membawa 24,004 TEU pada tahap maksimum. 

Panjangnya kapal ini 399.9 meter, iaitu 60 meter lebih panjang berbanding kapal induk pesawat udara terbesar di dunia pada masa kini. Lebarnya 61.5 meter dan keluasan geladak mencatat 24,000 meter persegi, bersamaan 3.5 padang bola sepak standard.