Fosil Hidupan Laut Berusia 200 Juta Tahun Ditemukan di Guangxi

2022-07-04 12:44:49  CRI
Share with:

 

Pasukan penyelidikan saintifik China berjaya menemukan fosil hidupan laut berusia lebih 200 juta tahun, dan juga spesies tumbuhan nadir serta sungai bawah tanah Fugui di dasar sebuah lubang raksasa.

Penemuan tersebut dijumpai di lubang benam atau ‘tiankeng’ (heavenly pit) Shenying sedalam 192 meter yang terletak di kaunti Leye, wilayah Guangxi, selatan China, baru-baru ini.

Menurut Jabatan Tinjauan Geologi China, terdapat tiga lagi kumpulan gua karst disahkan terlahir daripada sungai bawah tanah tersebut.

Untuk rekod, lubang benam merupakan warisan geologi yang penting terhadap penyelidikan perubahan geologi, biologi dan tumbuhan di Bumi.

Setakat ini, lebih 270 ‘tiankeng’ berjaya ditemukan di China, iaitu hampir 90 peratus daripada jumlah keseluruhan yang diketahui di dunia.