Hasil Kajian Kerja Xinjiang Tangkis Pembohongan ‘Buruh Paksa’

2022-07-05 14:07:08  CRI
Share with:

Satu kertas penyelidikan yang dikeluarkan Universiti Xinjiang pada Isnin mendedahkan banyak fakta mengenai pekerjaan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, sekali gus menangkis pembohongan wujudnya ‘buruh paksa’.

Anggota penyelidik dari universiti itu membuat kajian lapangan membabitkan kunjungan ke 14 kaunti dan bandar di serata Xinjiang, dan menemu bual lebih 100 orang pekerja dari bangsa Han serta etnik Uygur, Kazak, Hui, Xibo, Dongxiang, Daur, Rusia dan etnik lain.

Hasil kajian turut dibentangkan dalam bentuk ‘Kenyataan mengenai Fakta Kerja Memuaskan untuk Penduduk Pelbagai Etnik di Xinjiang’ (Statement on the Facts of Decent Work for Different Ethnic Groups in Xinjiang) dalam edisi bahasa Cina dan Inggeris.

Naib Canselor Universiti Xinjiang, merangkap pengarang pertama kertas penyelidikan itu, Zuliyati Simayi berkata, beliau menjadi saksi kepada keadaan sebenar warga Xinjiang dari pelbagai etnik yang bekerja secara sukarela dan mencintai kerja mereka, sehingga mutu hidup masing-masing bertambah baik.

Menurut beliau, ‘kebahagiaan’, ‘kepuasan’, ‘kasih sayang’, ‘hormat’, ‘kerjasama’ dan ‘perpaduan’ merupakan antara kata kunci yang paling banyak disebut semasa temu bual dilakukan mereka bersama responden, secara tidak langsung mencerminkan aspirasi bersama pekerja semua etnik.