Xi: Ketengah Pembangunan Sebagai Agenda Prioriti Antarabangsa

2022-07-05 13:22:28  CRI
Share with:

China bersedia bersinergi dengan pelbagai negara di dunia bagi mengetengahkan pembangunan sebagai agenda utama antarabangsa.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah kepada Forum Kumpulan Pemikir dan Media bertemakan “Pembangunan Dunia: Misi dan Penyumbangan Bersama” yang berlangsung di Beijing, pada Isnin.

Menurutnya, dunia kini berdepan perubahan besar yang tidak pernah disaksikan sepanjang abad serta penularan pandemik COVID-19, sementara pemulihan ekonomi global agak lemah dan jurang pembangunan antara Selatan dan Utara semakin besar.

Beliau berkata, usaha menggalakkan pembangunan global menjadi topik utama bagi umat manusia tatkala dunia memasuki fasa pergolakan dan transformasi baharu.

Justeru kata Xi, China bersedia bersama-sama negara lain untuk mengekalkan prinsip berpusatkan rakyat, saling untung dan inklusif, sambil berusaha ke arah pembangunan yang dipacu inovasi serta simbiosis antara manusia dan alam.

Di samping itu, China juga komited mendorong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pembangunan dunia yang lebih kukuh, hijau dan sihat.